Saturday, June 12, 2010

Jangan Nak Pandai Sangat

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.

Thursday, June 10, 2010

10 Sebab Cuci Motor Adalah Lebih Baik Dari Berkhalwat

1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6.Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10.Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.


p/s ; kepada kawan-kawan yang terpikir nak berkhalwat dengan awek tu,baekk pergi cuci moto :) banyakk pekdah nyaa

Cakap Pon Tak Guna Sepak Pon Tak Kena - Last Day

macam tade kene mengena je tajok nehh,hahah ! biarkan ianya di selubungi misteri.Hari nie hari last aku praktikal kat ficranova,lepas ni masok balik poli yang jauh ke hujung dunia,bak kata pepatah mak aku " tempat jin bertendang " hebat plakk mata mak aku nie,kadang2 aku panggel mak aku kak ros :) sweet je nama tu :).Oke,aku mmg tak tahu nak buat apaa pada hari last aku kat office nie,hahah ! aku datang lewat ikot suka2 aku je,haha! office masok pkol 9,tp aku datang tadi pkol 10.30 :) rilex sudaaa ! sampai je office,aku terus mengadap pc,pastu pegi pantri,cari makanan,lapar wehh ! semalam balik men futsal tak sempat makan,sbb kak ros kau tak masakk nasi,diaa masak lauk je,hampeh.Dengan hati yang kecewa aku pegy lahh kedai makan area rumah aku,bilaa da sampai,kedai tu plakk da ttop,hujan yang aku redah untuk kedai makan tu,hanya sia2,oke tu cerita semalam,Hari ni nak cerita harini punya cerita,sambong tadi kat mana haa ? sory,sayaa pelupaa orangnya -.=".Haaa sambong yang kat pantry tu,masok2 pantry je ada sebungkus lagi nasi lemak,dengan lapar yang da menggunong aku pon apalagi,pergy santap lahh,betaa da lapar ! haahah,sekali aku bukak bungkusan tu,bukan nasi lemak,tp mee hoon,perot da lapar,cakap pon takk guna.So aku makan je apa yang suda terhidang,dengan saki baki kueh mueh yang adaa,aku perlahap,aku buat air sedap2 untuk tekak aku,dengan tambahan air kosong ( sejuk ) di pagi hari,mmg menambah selera makan aku,aku mkan sampai clear meja makan,abes sumaa makan.Memang aku da lapar tahap dewa limau.Abes makan aku lepak depan pc balikk.tuupppp tappp tuuppp tappp bunyi aku taip sesuatu, disambong dengan bunyi bos bos aku dok borak2,pastu dengan bunyi lagu kat pc aku neh,membuatkan bermacam bunyi adaaa dan hinggap kat pelusok gegendang telinga aku,dan skrang bunyi2 tu sumaa da makin kurang,sbb aku da tade ape nak taip,hahaha ! bos pon da buat kerja diaa.Aku pon nak sambong berangan kawen dengan anak rajaaaa :)

Mendebarkan

phew ! harini khamis,besok da jumaat.Sekejap je aku da nak abes praktikal,phewww ! macam2 perasaan adaa dalam hati aku nie,berdebar,takot,gemuruh,cuak ! erk! macam sama je semua,ahha ! lantak p lahh,besok da ari jumaat,hari last aku praktikal kat Ficra Nova,tmpat nie best ohhh,bos pon sporting je,budak2 office sumaa sporting,1 kepale,tp kalau time banyak kerja,hamboi! tak ingat duniaa ohh,dan yang paling penat aku ahhh.Abes merata-rata tempat aku pegy.Daripada tak tahu jalan,sampai tak terror gakk ahh,shah alam tu pon senafas je aku tawaf,kajang,putrajayaa,tu ahh antara tempat yang aku pegy masa aku praktikal kat Ficra Nova ni,even jauh,tp aku rasa ni laa masanya nak belajar berdikari,mana ada dorang nak tnjuk jalan detail kat aku,semuaa kena cari sendiri,mmg kena survive.Bila da praktikal macam macam orang aku jumpa,adaa yang kurang ajar,adaa yang baek,yang cun pon adaa jgak,haha! Tp sekarang nak abes,rasaa macam nak kerja lagi,nak praktikal lagi 6 bulan pon tape,ahaha ! da syokk ! aku ni pon asek merawang2 ntah kemana,padahal pegy deposit check je,tapi berjam2 , naseb bek la akak tu baek,so diaa tak bising2, senang cerita, kat tmpat aku praktikal ni sumaa baek,cumaa masa2 mulaa masok2 macam poyo sket ahh,tp bila da kenal dorang nie,dorang ni sumaa baek2 belaka,bos pon macam tak kedekot enn,selalu jgak diaaa blanja aku makan,bukan stakat bos,staff biasa pon selalu gakk blanjaa aku makan.Agaknya dorang ni paham kot aku nie takde duet,al-maklumlahh elaun rm300 je,pastu nak kenaa jalan jauh2,mmg tak cukop ahh,makan lagi minyak lagi,mana aku nak cekau ,ahah ! nak beli boxer aku pon tak cukop.adess ! tp apa apa pon mmg aku enjoy gilaaa,mana taknya office ni aku buat macamm mak aku punya je, suka suka aku je nak dtang pkol brapa,tp kalau aku datang awal pon,bukan adaa kerja,tercongok jee dpan pc nie,mengadap FB,mmg bosan! hahaha,pastu bos kat sini plak 24/7 cerita pasal kerja,mmg tak bole masok ahh dengan aku kan.adess ! well tak sabar betol nak tggu besok,tapi takot jgak nak tggu besok,pasal report aku tak buat lagi,adess !

Wednesday, June 9, 2010

Pasal Aku Bukan Pasal Kau

Cerita Pasal Kenangan Aku Masa Sekolah Dulu.


PART 1
haaa,aku ni mmg selalu je datang sekolah lambat,tade orang lain selain aku,mmg hari² pon lambat,paling cepat bagi aku tapi paling lambat bagi ustazah,haha ! ustazah hashima,aku ingat lagi dekat uztazah yang tarik telinga aku masa aku sekolah dulu.masa tu aku darjah 6 sekolah agama rakyat,mukaa aku ni jarang ada dalam kelas,sbb aku dulu kaki ponteng,cakap kat mak pegi sekolah,tp tak pegi ( kes tipu mak la ni ).Kadang² tu sebulan 4 kali je aku datang,mmg ikot sukaa aku je nak datang ke tidak.Ada 1 hari nie aku datang sekolah,mmg time tu macam2 yang berlaku,masa sekolah agama dulu meja dalam kelas aku budak2 kelas susun duduk by group,dalam 1 kumpulan ada 6 orang,dalam kumpulan aku ada,helmi(lembu),helmi(mereng),fakhrul alif,fatih,shahrul dan aku ahhh,dalam group nie macam2 perangai ada,adaaa yang kentut tak bagitahu,kaki gado,kuat tido,kaki ponteng,yang rajen datang sekolah walaupon sekolah cuti pon adaa jgak,tak ke pelik ? tu nama diaa terlebih rajen.Sambong balik cerita aku tadi,haaaaaaa,aku sekolah agama sebelah petang,hari aku datang sekolah agama ni lahh aku datang lewat sket,kelas masok pkol 2,aku datang 3.30,tu pon aku da abes pkir nak datang sekolah ke tidak,setelah puas aku pikir dan berpenat lelah pikir berserta 3 bungkus air aku abeskan sambil nak ke sekolah dan sambil tu aku dokk pikir,last skali keputusannya aku kesekolah walaupon da lambat.Tup!Tup! aku dengan mukaa selamba je ketok pintu kelas,1 kelas pandang aku,yang tengah tido , terus bangun dari tido,hebatkan kedatangan aku ke sekolah ? yang tak jadi kentut pon terus je terkentut, dan yang paling penting,ustazah yang mengajar kat depan tu on the spot berhenti menulisan kat papan hijau ( zaman aku pakai papan tu lagi ). Dengan intonasi suara yang lemah gemalai uztazah panggel aku masok dan suruh aku berdiri kat depan kelas, " reza masok dan berdiri di depan kelas " ujar ustazah,aku pon dengan selambaa dan dengan tidak bersalah turutkan apaa yg ustazah suruh."Kenapaa Lambat ? " ustazah tanya kat aku, " baru bangun tido ustazah " rileks je aku jawab,time tu mukaa ustazah dahh naik merah,sekali lagi aku bakar,meletop lahh ustazah, " ohhhh " ustazah jawab acuh tak acuh je.Then,tetiba je ustazah suro aku tunduk,aku ikot jelahh kan,2saat lepas aku tunduk,tangan ustazah terus ada kat kiri dan kanan telinga aku,diaa genggam telinga aku macam orang bawak moto tu,pastu diaaa pulas2 telinga aku macam moto jgak,sebijikk,walaupon ustazah tak penah naik moto pergy kerja,tp gaya ustazah mmg PRESS telinga aku mmg sama macam orang PRESS minyak moto dan dahh bertahun2 bawak moto.Lepas diaa pulas telinga aku,diaa maen ke kanan skejap,ke kiri skejap,aku pon da pening2 daaa time tu.Pastu budak kelas aku bukan main lagi,berdekah-dekah gelakkan aku,yang paling aku perasan,sara dengan faten lahh,dorang paling suka,hamboi! diorang punya suka bukan main lagi,macam dunia ni dorang yang punya,mana tak nya,da lamaa tak gelakkan orang.Time tu jgak aku macam menyesal laa jgak sbb masok kelas,hahaha! lepas ustazah da bergurau dengan telinga aku dan aku rasa telinga aku makin capang,ustazah sambong lagi,diaa cubit2 perot aku,dia cubit kat tang perot aku area2 pusat tu,sekali diaa pusing cubitan dia,aku pon terangkat,2 kali diaa pusing aku terangkat,time tu muka daa merah ,mata da berair,tggu masa je nak menanges,tp aku tabahkan hati lagi,tp bilaa dari ke-3 ustazah tarikk cubitan maut dari isketambola diaa,ooomakkkkaiii ! aku terus terlonjat ! " oke ustazah kali ni sakit,janji tak buat lagi " direct je aku cakap kat ustazah,walaupon dengan nada perlahan,cukoplahh aku dengan ustazah je dengan,budak kelas dengan nnty buat malu aku je.



Tuesday, June 8, 2010

Selamat Hari Ibu

“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh!

Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik,

yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak

menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah

dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba

la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak

dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus

membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan

rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa

dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang

kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua

tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar

namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di

kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan

hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan

pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah,

rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah

Along menjerit kesakitan.

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu,

jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar

tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak

rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu

menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along

yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara

yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu.

Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan

tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya

lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi

kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah

hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang

masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada

manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along

memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya

menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak

dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang

tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini

marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua

sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan

memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.

Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..

Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua

kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua

itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along

mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya.

Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada

bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi.

Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya.

Walaupun sudah biasa dirotan,

namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba

memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu

menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat

mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM,

kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di

wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along

sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat

keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati

dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti

hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada

walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf.

Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan

perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan

melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap

dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak

acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia

mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.

Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu

di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu.

Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya

mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik

perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah

ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil

memerhatikan mereka.

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?”

Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan

yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu

yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak

bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan

mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu

boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah

Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik

atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along

menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak

kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah

dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak

dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas

menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk

banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik,

ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih.

Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan

hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk

asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak

penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya

sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui

kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan

dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya.

“Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah

dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih

mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.

Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along.

Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa

yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di

sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang

perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke

Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di

satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada

sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung

bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog

sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia

membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia

segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa

kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan

Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat

sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok

baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus

la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?”

Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul

ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk

kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz

meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit

sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya

sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.”

Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia

tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi

silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”,

soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along

menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang

semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah,

aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”,

pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh.

Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah.

Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke

arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar

sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan

lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang

ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah

dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah

ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”,

soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada

menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar

ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along

hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka

selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan

Alang

menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih

memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau.

Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua

tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along

mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata

adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia

mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar,

berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada

menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di

sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar.

Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti

ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu.

Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera

mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak

keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab,

pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia

akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan

cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan,

pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa

beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan

selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa

dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru

dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu.

Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari

pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja

dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal

dengan

upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira.

Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit

gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa

agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh

setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu

terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya.

Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat

hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya

menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya

kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka

menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya

Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?”

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut

tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan.

Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa

lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba

menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak.

Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan

mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan

perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?”

Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang

selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek “Kau nak jadi

apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam

aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu

je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli

ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak

serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe.

Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi

anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas

didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya.

Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu

baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum

pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing.

Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir.

Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang

Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga

saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu

bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk.

Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan

keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini

menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri

baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu,

saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan

boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe.

Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe.

Abang

Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik

abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya

dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang

memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk

membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa

berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam,

mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari

rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu.

Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau

lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si

Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu

aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, terang Along

dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak

kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak

nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok,

lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat

kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si

sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni

Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”,

pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No

problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin

tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia”, terang

Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih

sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan

panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat

mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari

ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu

depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat

untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak

marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along

tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu.

Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum

menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II.

Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira

yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan

terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat

perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan

mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar

yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along

membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu

dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang

tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan

kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar

dari

hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya

berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan

itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang

berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang

wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali

apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada

ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih

memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari

kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan

semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih

digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk… …ibu………” ucapnya sambil

berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat

dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil

dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat

ditahan lagi. Pandangan Along semakin

kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang

menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan

dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along

bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan

bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna

merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat

ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini.

Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah

maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu,

Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah

hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang

bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang

dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih

dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang

melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus

mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya

selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak

bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu

Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia

sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat

lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak

pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya

seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu

terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia

merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah

tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan.

“Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa

dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak

mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia

disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan

ke hospital sakit jiwa

semula….” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat

menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota

badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh

hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang

selama ini dianggap derhaka...




Selamat Hari Ibu,

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah
korang tahu, cukuplah kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana
kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu
kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku,
dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway,
nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak
tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat
aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak
ngko dengan dia lagi, aku bagi
kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi
sinonim dengan kehidupan
kaliansehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca
Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang
mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di
seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi
dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2
hari, sekolah menengah dalam masa 2
hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah
Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari
sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.
Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada
sekitar kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan
tangannya sambil mulutnya memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku
dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku
bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa
penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,
sekurang-kurangnya aku lebih baik dari
dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor
aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan
maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi
Tuhan ini. Aku sekadar
ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang
dan kamu humban di dalam
tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan
dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih
hina? Aku tak pernah sia-siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil
kawan-kawan aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku
menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan
kalian yang langsung tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong
sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.
Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat
khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku
mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.
(aku pandai membaca ketika usia
aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan
lalat). Isi beritanya
memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,
berita rogol, bunuh,
culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku
terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.
Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan
sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian
lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat
terkena renjatan elektrik
pada
perangkap ultra violet. Berita-berita yang
memualkan itu menyebabkan aku
segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada
selera untuk makan. Kalian
memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian
lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam
tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi
aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian
pening-pening dikatakan sebagai pening-pening
aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni
bangkai? Sedangkan tahi aku dan
kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi
maklumat penting kepada
Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang
dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, ngko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti
burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah
Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku
cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari
kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin
kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku
mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan
berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya
dengan motosikal-motosikal
dan
kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,
aku masih dipandang hina dan
bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi
semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.
Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar
sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah
tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan
menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku
menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang
sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya
dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar
pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah
Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat
sebuah catatan tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca
cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura
berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya
membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita
tentang entah apa-apa..' bisik hati
kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih
lagi membaca catatan tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang
ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air
Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke
100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga
100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya
fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh
dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencari
kot-kot ada lalat...)